13 Januari 2016

Khidmat Bantu Ke SK Rokan

PKG Gemencheh telah menjalankan khidmat bantu ke SK Rokan pada 07 Januari 2016 yang lalu.


Pegawai Teknologi Pendidikan PKG En. Amir Amran bin Mohd Ali dengan dibantu oleh Juruteknik Komputer En. Shahrulrizam bin Ibrahim telah menjalankan lawatan khidmat bantu talian internet sekolah dan sistem yang digunakan. Sekolah ini menggunakan talian ADSL kerana tiada talian 1Bestarinet yang dibekalkan ke sekolah ini.
Walaubagaimanapun talian telah dipotong mulai bulan September 2015 untuk proses migrasi dari ADSL ke Streamyx oleh Telekom Malaysia (TM). Tindakan telah dibuat dengan dengan menghubungi En. Abu Bakar bin Kalid, Ketua Unit Pembestarian Sekolah untuk tidakan lanjut. Setelah menghubungi Personel TM, beliau memaklumkan TM mengalami masalah kekurangan port untuk ke SK Rokan. Pihak TM telah berjanji akan menyelesaikan masalah SK Rokan dalam bulan Januari ini dan sekolah akan memperolehi 4MBps talian internet Streamyx pada bulan Feruari.



05 Januari 2016

Projek Chromebook Sekolah Mula Buahkan Hasil

      Ianya sukar untuk menangani 50 pelajar yang aktif dan bersikap ingin tahu dalam satu kelas, tetapi ianya lebih sukar apabila anda mempunyai waktu yang terhad untuk memberikan perhatian yang sama rata kepada semua dan memastikan apa yang diajar dapat diterima.

      Tan Shin Yee dari SJK (C) Choong Wen di Jalan Klang Lama sebelum ini sering bimbang dalam meluaskan capaian kepada semua pelajarnya. Apabila sekolah rendah tempat beliau bekerja melaksanakan pendidikan berasaskan cloud sebagai sebahagian daripada teknik pembelajaran, beliau berasa teruja seperti kanak-kanak sekolah!

      Tan yang mengajar Bahasa Mandarin dan Matematik adalah antara 95 guru yang berpeluang menyaksikan kebaikan yang dibawakan oleh penggunaan Internet. Semuanya bermula pada bulan April tahun lalu apabila SJK(C) Choong Wen melancarkan makmal Chrome pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan 130 buah Chromebook. Setahun kemudian, Internet telah menjadi sebahagian penting dalam perkongsian pengetahuan di sekolah itu.




Pelajar yang tekun belajar menggunakan Frog VLE pada Chromebook


      Yang pentingnya, aplikasi seperti Frog VLE (Virtual Learning Environment) dan Google Apps untuk Pendidikan telah memudahkan guru-guru berhubung dengan setiap pelajar di dalam kelas mereka.

      “Kami mempunyai hampir 50 orang pelajar dalam setiap kelas dan ianya sukar untuk memberikan perhatian yang sama rata kepada semua serta mengetahui cara pemikiran mereka,” kata Tan. “Tetapi dengan Frog VLE, kita telah mencipta sebuah laman untuk para pelajar yang membolehkan kami mengumpul maklumat dan jawapan bukan sahaja dari segelintir pelajar, tetapi dari kesemua mereka.”

      Hari ini, sebanyak 60% dari 2,340 pelajar sekolah itu telah menggunakan Chromebook dan Google Apps. Semua guru menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dan 80% daripada mereka menggunakan Chromebook untuk mengajar.

      Tan yang mengetuai Kelab IT (IT Warrior Club) sekolahnya, telah melihat pelajar-pelajar lebih bermotivasi untuk belajar selepas pengenalan Frog VLE, Chromebook dan Google Apps. Apa yang lebih membanggakan adalah keputusan peperiksaan mereka juga telah bertambah baik.

      Pada 2013, sekolah tersebut telah mengadakan program berkembar dengan Sekolah Rendah Clatford (Clatford Primary School) di United Kingdom sebagai sebahagian daripada Program Berkembar FrogAsia. Kedua-dua sekolah tersebut telah memulakan projek yang menyaksikan mereka berkongsi idea dan berbincang mengenai beberapa topik seperti Bahasa, Seni dan Budaya.

      Dengan menggunakan Google Apps, Google Hangouts serta Frog VLE, mereka menghabiskan 260 jam melalui panggilan video dan emel serta membuat sebanyak 250 entri dalam Frog Forums, menerima lebih daripada 500 komen dan maklum balas emel sepanjang tempoh empat bulan projek itu berlangsung. Choong Wen dan Clatford juga menyambut Tahun Baru Cina secara langsung melalui Hangouts dengan persembahan kebudayaan, nyanyian dan aktiviti kesenian.

      Ianya bukan para pelajar sahaja yang teruja dengan penggunaan Internet, kerana guru-guru juga turut mempraktikkan penggunaan Frog VLE, Google Apps dan Chromebook. Walaupun sebahagian guru-guru senior tidak begitu bersemangat dengan penggunaan teknologi baru, mereka mula menghargai manfaatnya setelah diberi tunjuk ajar.

      Bagi pelajar-pelajar sekolah, menggunakan Chromebook secara dalam talian bagi mengakses Apps dan Frog VLE adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Karlson Thien, seorang pelajar tingkatan empat berpendapat penggunaanya menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

      “Saya menggunakan Hangouts serta emel untuk berborak dan berkomunikasi dengan kawan-kawan dan Docs untuk kerja khusus,” kata pelajar berusia 10 tahun itu. “Semuanya seronok dan menarik dan saya lebih gemar menaip berbanding menulis!”



Pelajar berdiskusi menggunakan Chromebook di Makmal Chrome

Dasar Galakan Membaca

SUMBER : Perpustakaan Negara Malaysia

     


Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu : “menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca”. Ia selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat mengikut perkara 4.7.5 iaitu : “ untuk menanam dan menggalakkan minat membaca”.

      Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti. Dasar ini juga menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat berasaskan budaya sains dan teknologi. Bagi menentukan hala tuju program galakan membaca, urus setia jawatankuasa telah dibentuk dengan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan dan Perpustakaan Awam Negeri-negeri sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri.

      Skop Dasar Galakan Membaca merangkumi semua aktiviti perpustakaan yang berhubung kait dengan pembacaan di dalam usaha memupuk minat membaca rakyat Malaysia. Objektif Dasar Galakan Membaca bertujuan untuk dijadikan garis panduan bagi mencapai objektif berikut:
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan masyarakat. 
  • Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia. 
  • Meningkatkan tahap pembacaan rakyat Malaysia. 
  • Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu. 
  • Menjadikan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca. 
  • Menilai keberkesanan Kempen Membaca Kebangsaan Strategi 
  • Merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca di peringkat kebangsaan.
  • Merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan membaca. 
  • Menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam melaksanakan program galakan membaca. 
  • Melaksanakan program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi meningkatkan kesedaran program galakan membaca. 
  • Membina pasukan pakar di kalangan anggota perpustakaan dalam bidang pembacaan dan pengurusan program galakan membaca. 
  • Mengenalpasti kumpulan pakar dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan membaca dikalangan masyarakat Malaysia. 
  • Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat. 
  • Mengkaji dan menilai keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun.
  • Membina pangkalan data aktiviti dan fasilitator dalam bidang pembacaan di peringkat kebangsaan dan negeri. 

Pelaksanaan Program


1.  Aktiviti merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca dibuat melalui:-

 (a) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan sekurangkurangnya sekali
      setahun
(b) Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Gerakan Membaca Perpustakaan Awam Negerinegeri
     sekurang-kurangnya sekali setahun
(c) Menyusun dan menyelaras program Kempen Membaca
(d) Mendapatkan sokongan kewangan dari kerajaan dengan memohon peruntukan di bawah
     rancangan pembangunan lima tahun kerajaan
(e) Mengagihkan peruntukan kepada Perpustakaan Awam Negeri dan agensi-agensi tertentu untuk
     pelaksanaan projek dan program galakan membaca
(f) Memantau pelaksanaan aktiviti galakan membaca negeri-negeri serta mendapat maklum balas
     pelaksanaan aktiviti melalui mesyuarat dan laporan

2. Aktiviti merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan
    membaca dilaksanakan melalui:-

(a) Membuat pengagihan peruntukan yang seimbang bagi pemberian bahan bacaan yang bersesuaian dengan golongan yang dikenalpasti seperti senarai contoh yang berikut. Contoh institusi kerajaan/swasta yang menerima sumbangan bahan bacaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia:
  • Jabatan Penjara 
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat 
  • Agensi Dadah Kebangsaan 
  • Agensi FELDA 
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli 
  • Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak DiDera di bawah pentadbiran badan bukan kerajaan (NGO) 
(b) Memantapkan koleksi dan perkhidmatan pinjaman Perpustakaan Negara Malaysia termasuk
     pinjaman berkelompok.
(c) Menggalakkan dan menyokong pewujudan bilik-bilik bacaan terutamanya di luar bandar dengan
     kerjasama jabatan dan institusi yang berkaitan.

3. Aktiviti menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam
    melaksanakan program galakan membaca dilakukan melalui:-

(a) Meningkatkan program galakan membaca dengan rakan usaha sama sedia ada yang sesuai
     dilaksanakan mengikut kumpulan sasaran seperti yang berikut. Contoh institusi kerajaan/badan
     berkanun/badan bukan kerajaan bagi program kerjasama galakan membaca:

Kerajaan/Badan Berkanun
1. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
2. Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
3. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
4. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri-Negeri
5. Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri
6. Jabatan Kemajuan Masyarakat [KEMAS]
7. Jabatan Belia, Kementerian Belia dan Sukan
8. Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
9. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara [LPPKN]

Badan Bukan Kerajaan
1. Persatuan Pustakawan Malaysia
2. Persatuan Pembacaan Malaysia
3. Persatuan Belia 4B Malaysia
4. Majlis Belia Malaysia
5. Persatuan Pekartun Malaysia [PEKARTUN]

(b) Mengenalpasti dan menyokong aktiviti galakan membaca baru yang sesuai dijalankan secara
     usaha sama dengan berkesan.
(c) Mengenalpasti institusi, persatuan, pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan serta pihak
     swasta bagi melaksanakan program galakan membaca secara usaha sama.
(d) Membina rangkaian rakan usaha sama dalam gerakan literasi maklumat.

4. Program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi program galakan membaca
    dilaksanakan melalui:-
(a) Mendapatkan khidmat jururunding perhubungan awam atau agensi pengiklanan untuk
     perancangan dan pelaksanaan kempen.
(b) Mengadakan program promosi yang meluas dengan media massa.
(c) Menghasilkan bahan-bahan promosi pelbagai format untuk edaran dan kegunaan seluruh negara.

5. Membina sebuah pasukan pakar di kalangan anggota Jabatan dalam bidang pembacaan dan
    pengurusan program galakan membaca melalui aktiviti berikut:-
(a) Membina modul dan program latihan bagi meningkatkan dan memantapkan kesedaran tentang
     kepentingan pembacaan dikalangan masyarakat.
(b) Mewujud dan membina program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta
     meningkatkan budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT.
(c) Menjadi pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca.

6. Membina kumpulan yang mahir dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan
    membaca di kalangan masyarakat Malaysia melalui aktiviti berikut:-
(a) Menganjur program literasi maklumat di perpustakaan dan institusi berkaitan.
(b) Menganjur bengkel/seminar/program berkaitan pembacaan dan pengendalian program galakan
     membaca. Contoh bengkel/seminar adalah seperti yang berikut. Contoh bengkel/seminar berkaitan      dengan program pembacaan dan galakan membaca:
1. Program Bacaan Kegemaran Saya
2. Bengkel Penubuhan Perpustakaan Keluarga
3. Bengkel Bercerita/Black Theatre/Boneka
4. Bengkel Galakan Membaca
5. Kem Galak Belia Membaca
6. Bengkel Keibubapaan Anak Remaja/Anak Kecil
7. Bengkel Pencarian Maklumat
8. Kempen Keahlian
9. Pertandingan Carian Maklumat
10. Pertandingan Cereka Kartun
11. Bookstart
12. Bacakan Kepadaku/Read To Me
13. Kem Kembara Ilmu
14. Jejak Maklumat
15. Bookathon

(c) Mengadakan program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta meningkatkan
     budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT.

7. Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat melalui aktiviti berikut:-

(a) Mewujudkan pangkalan data literasi maklumat Malaysia yang merangkumi maklumat berkaitan
     program pembacaan, penyelidikan, penggiat pembacaan dan aktiviti pembacaan yang    
     dilaksanakan
(b) Mengadakan kursus/bengkel pencarian dan kemahiran maklumat secara on-line.
(c) Memperluaskan aplikasi Internet dalam program dan aktiviti pembacaan.

8. Keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun akan dikaji dan dinilai
    melalui :-

(a) Menjalankan wacana kumpulan sasaran (Focus Group Interview)
(b) Kajian keberkesanan kempen membaca setiap tahun.
(c) Melaksanakan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun
(d) Mengemukakan Laporan Pelaksanaan Kempen Membaca setiap tahun kepada Jawatankuasa
     Gerakan Membaca

9. Memantau kadar literasi dan tahap pembacaan rakyat Malaysia melalui:-

(a) Mengkaji laporan dan penerbitan Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi
(b) Menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pelaksanaan Kajian Profil Membaca Rakyat
     Malaysia
(c) Mendapatkan khidmat jururunding penyelidikan bagi menjalankan dan menyediakan laporan
     Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun menggunakan bahasa Malaysia dan    
     bahasa Inggeris
(d) Menyediakan laporan hasil kajian dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris untuk pihak
     berkuasa tertentu, media massa dan orang awam

Pengemaskinian

Program Dasar ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan objektif jabatan dan keperluan maklumat negara ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu.

Pekeliling Mengenai Gerakan Tabiat Membaca Klik di sini