29 Ogos 2016

18 Ogos 2016

PELAKSANAAN PROFIL BAHARU BANDWIDTH 1BESTARINET DI SEKOLAH-SEKOLAH 4G DI SELURUH SEMENANJUNG SABAH DAN WP LABUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OLEH SYARIKAT YTL COMMUNICATION SDN. BHD.

Pihak YTL sedang dalam prosem menaik taraf bandwidth di sekolah-sekolah. Pihak PKG amat berharap supaya pihak pentadbir sekolah dan GPICT dapat membaca dengan teliti manual berkenaan kerja-kerja naik taraf tersebut bersama pautan yang diberikan supaya kerja yang akan dijalankan berjalan lancar. Terdapat beberapa sekolah yang telah didatangi oleh personel YTL untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf ini. Sila klik pada pautan untuk membaca surat-surat dan manual tersebut DI SINI

09 Ogos 2016

KAMPUS ASTRO

Pihak Astro telah memperbaharui kontrak bersama KPM melalui Program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 31 Mac 2016 dan kontrak tersebut berlanjutan sehingga 36 bulan. Di sepanjang tempoh berkenaan, pihak ASTRO akan membekalkan peralatan baru bagi sekolah yang belum mendapat perkhidmatan KABKS dan penyelenggaraan peralatan Dekoder, Smartcard dan Out Door Unit (ODU) bagi sekolah/PKG.

2.        Hasil perbincangan dengan KPP PMP iaitu Dr Fatimah dan Pihak Astro Ms Eeo Che Jen menjelaskan beberapa perkara berikut:
Modus operandi pemasangan baru dimana pembekal menghantar TV dan Kabinet TV (Delivery Order disertakan) disusuli installer dari ASTRO melibatkan decoder, ODU, Smartcard. Pemasangan akan bermula 15 Jun hingga 22 Julai 2016. Pihak Sekolah perlu memastikan peralatan lengkap sebelum menandatangani Delivery OrderPastikan set salinan borang SAP dan Delivery Order perlu hantar kepada PKG dan BTPNNS.
3           Bagi PKG dan Sekolah yang telah mendapat khidmat KABKS, tn/pn boleh mengisi instrumen pemantauan penyelenggaraan dan proses pengisian juga sama seperti instrumen pemasangan baru. Pihak Astro akan membuat penyelenggaran bagi Dekoder, ODU dan Smartcard sahaja. Bagi TV dan cabinet sekiranya rosak ia adalah di bawah tanggungjawab sekolah/pkg sepenuhnya kerana ia adalah peruntukkan one-off dari ASTRO.
4.       Sekiranya ada peralatan yang hilang, bagi peralatan yang besar seperti TV, Kabinet, Dekoder, ODU perlu dibuat laporan polis (Pihak ASTRO hanya ganti decoder dan ODU Sahaja). Untuk kehilangan smartcard memadai dengan surat rasmi sebagai rujukan. 
TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH DENGAN KAMPUS ASTRO
Sekolah yang tidak selalu melayari atau menutup suis dekoder Astro pada tempoh yang lama, maka Kampus Astronya tidak berfungsi lagi. Kampus Astro di sekolah yang tidak berfungsi disarankan untuk membuat pengaktifan semula melalui Kampus Astro, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan: - Sekolah : 1 300 82 3838 atau 1 300 82 0001, Emel: kampusastro@astro.com.my

Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro :-

klik gambar untuk saiz lebih besar

1.         Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan )
2.         Bagi bantuan teknikal, perlu berada di hadapan dekoder Astro bagi memudahkan proses setting decoder             tersebut.
3.         Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja :-
Telefon  1 300 82 0001, pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada di hadapan decoder Astro.

klik gambar untuk saiz lebih besar
4.         Remote rosak :-
a)         Buat surat yang bertandatangan Guru Besar/Pengetua, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad pintar serta faxkan surat tersebut untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department' di talian  03-95437333.
b)         Bawa remote yang rosak ke Astro Customer Service Centre untuk mendapatkan penggantian. (Penggantian pertama adalah percuma sekiranya kerosakan itu adalah berdasarkan syarat yang dinyatakan.)

5.         Kad Astro hilang:-
Surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor kod sekolah . Untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department'.
Faxkan surat tersebut ke 03-9543 7333 atau email kepada wecare@astro.com.my dan telefon talian 1 300 82 0001. (Caj akan dikenakan untuk penggantian kad yang hilang sebanyak RM50).
6.         Mengalih piring ke bangunan baru:-
Akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 (sekiranya ada tambahan kabel akan dikenakan caj kabel) yang ditanggung oleh pihak sekolah. Tulis surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad dan nombor decoder. Untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department' dan faxkan surat tersebut ke 03-9543 7333 dan telefon talian 1 300 82 0001.

klik gambar untuk saiz yang lebih besar
7.         Sekolah baru:-
Sila faxkan surat ke 03-9543 7333 untuk permohonan baru Kampus Astro dan telefon talian 1 300 82 0001 atau 03-7491 9888.


Klik gambar untuk saiz yg lebih besar.
Klik gambar untuk saiz yg lebih besar.

klik gambar untuk saiz lebih besar