22 November 2016

BENGKEL PENGURUSAN PSS FASA 2 TAHUN 2016

Bengkel Pengurusan PSS Fasa 2 telah dijalankan selama dua hari pada 17 dan 18 November 2016 atas keperluan untuk membantu GPM sekolah-sekolah ahli PKG Gemencheh berikutan dapatan semasa pemantauan pembestarian yang telah dijalankan sepanjang Julai hingga November 2016. Oleh itu amat diharapkan bahan yang telah dimuat naik dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan pengurusan PSS sekolah-sekolah ahli bagi tahun 2017.

Terima kasih kepada semua GPM yang telah dapat menghadiri bengkel dengan jayanya bermula dari Fasa 1. Terima kasih dan tahniah kepada anda kerana telah dapat menjalankan tugasan anda sebagai GPM sepanjang tahun 2016. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun ini. Semoga tahun 2017 menjanjikan kejayaan yang lebih baik dalam menguruskan PSS.

Bahan-bahan untuk pengurusan PSS telah saya muat naik dan anda boleh muat turun bahan tersebut dalam folder BENGKEL PENGURUSAN PSS FASA 2 TAHUN 2016.