Bengkel Pengurusan PSS Fasa 2 telah dijalankan selama dua hari pada 17 dan 18 November 2016 atas keperluan untuk membantu GPM sekolah-sekolah ahli PKG Gemencheh berikutan dapatan semasa pemantauan pembestarian yang telah dijalankan sepanjang Julai hingga November 2016. Oleh itu amat diharapkan bahan yang telah dimuat naik dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan pengurusan PSS sekolah-sekolah ahli bagi tahun 2017.
Terima kasih kepada semua GPM yang telah dapat menghadiri bengkel dengan jayanya bermula dari Fasa 1. Terima kasih dan tahniah kepada anda kerana telah dapat menjalankan tugasan anda sebagai GPM sepanjang tahun 2016. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun ini. Semoga tahun 2017 menjanjikan kejayaan yang lebih baik dalam menguruskan PSS.
Bahan-bahan untuk pengurusan PSS telah saya muat naik dan anda boleh muat turun bahan tersebut dalam folder BENGKEL PENGURUSAN PSS FASA 2 TAHUN 2016.
Pages
▼
22 November 2016
29 Ogos 2016
Mesyuarat Tekno ICT PKG Gemencheh Bil 2/2016
GPICT boleh mendapatkan catatan minit mesyuarat tersebut di bawah
18 Ogos 2016
PELAKSANAAN PROFIL BAHARU BANDWIDTH 1BESTARINET DI SEKOLAH-SEKOLAH 4G DI SELURUH SEMENANJUNG SABAH DAN WP LABUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OLEH SYARIKAT YTL COMMUNICATION SDN. BHD.
Pihak YTL sedang dalam prosem menaik taraf bandwidth di sekolah-sekolah. Pihak PKG amat berharap supaya pihak pentadbir sekolah dan GPICT dapat membaca dengan teliti manual berkenaan kerja-kerja naik taraf tersebut bersama pautan yang diberikan supaya kerja yang akan dijalankan berjalan lancar. Terdapat beberapa sekolah yang telah didatangi oleh personel YTL untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf ini. Sila klik pada pautan untuk membaca surat-surat dan manual tersebut DI SINI

09 Ogos 2016
KAMPUS ASTRO
Pihak Astro telah memperbaharui kontrak bersama KPM melalui Program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 31 Mac 2016 dan kontrak tersebut berlanjutan sehingga 36 bulan. Di sepanjang tempoh berkenaan, pihak ASTRO akan membekalkan peralatan baru bagi sekolah yang belum mendapat perkhidmatan KABKS dan penyelenggaraan peralatan Dekoder, Smartcard dan Out Door Unit (ODU) bagi sekolah/PKG.
2. Hasil perbincangan dengan KPP PMP iaitu Dr Fatimah dan Pihak Astro Ms Eeo Che Jen menjelaskan beberapa perkara berikut:
Modus operandi pemasangan baru dimana pembekal menghantar TV dan Kabinet TV (Delivery Order disertakan) disusuli installer dari ASTRO melibatkan decoder, ODU, Smartcard. Pemasangan akan bermula 15 Jun hingga 22 Julai 2016. Pihak Sekolah perlu memastikan peralatan lengkap sebelum menandatangani Delivery Order. Pastikan set salinan borang SAP dan Delivery Order perlu hantar kepada PKG dan BTPNNS.
3 Bagi PKG dan Sekolah yang telah mendapat khidmat KABKS, tn/pn boleh mengisi instrumen pemantauan penyelenggaraan dan proses pengisian juga sama seperti instrumen pemasangan baru. Pihak Astro akan membuat penyelenggaran bagi Dekoder, ODU dan Smartcard sahaja. Bagi TV dan cabinet sekiranya rosak ia adalah di bawah tanggungjawab sekolah/pkg sepenuhnya kerana ia adalah peruntukkan one-off dari ASTRO.
4. Sekiranya ada peralatan yang hilang, bagi peralatan yang besar seperti TV, Kabinet, Dekoder, ODU perlu dibuat laporan polis (Pihak ASTRO hanya ganti decoder dan ODU Sahaja). Untuk kehilangan smartcard memadai dengan surat rasmi sebagai rujukan.
TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH DENGAN KAMPUS ASTRO
Sekolah yang tidak selalu melayari atau menutup suis dekoder Astro pada tempoh yang lama, maka Kampus Astronya tidak berfungsi lagi. Kampus Astro di sekolah yang tidak berfungsi disarankan untuk membuat pengaktifan semula melalui Kampus Astro, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan: - Sekolah : 1 300 82 3838 atau 1 300 82 0001, Emel: kampusastro@astro.com.my
Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro :-
![]() |
| klik gambar untuk saiz lebih besar |
1. Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan )
2. Bagi bantuan teknikal, perlu berada di hadapan dekoder Astro bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.
3. Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja :-
Telefon 1 300 82 0001, pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada di hadapan decoder Astro.
a) Buat surat yang bertandatangan Guru Besar/Pengetua, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad pintar serta faxkan surat tersebut untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department' di talian 03-95437333.
b) Bawa remote yang rosak ke Astro Customer Service Centre untuk mendapatkan penggantian. (Penggantian pertama adalah percuma sekiranya kerosakan itu adalah berdasarkan syarat yang dinyatakan.)
5. Kad Astro hilang:-
Surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor kod sekolah . Untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department'.
Faxkan surat tersebut ke 03-9543 7333 atau email kepada wecare@astro.com.my dan telefon talian 1 300 82 0001. (Caj akan dikenakan untuk penggantian kad yang hilang sebanyak RM50).
6. Mengalih piring ke bangunan baru:-
Akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 (sekiranya ada tambahan kabel akan dikenakan caj kabel) yang ditanggung oleh pihak sekolah. Tulis surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad dan nombor decoder. Untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department' dan faxkan surat tersebut ke 03-9543 7333 dan telefon talian 1 300 82 0001.
Sila faxkan surat ke 03-9543 7333 untuk permohonan baru Kampus Astro dan telefon talian 1 300 82 0001 atau 03-7491 9888.
21 Julai 2016
20 Julai 2016
INSTRUMEN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BORANG PENCALONAN NILAM
Assalam,
Tuan/puan boleh muat turun bahan melalui google drive yang disediakan. BAHAN PSS DAN BORANG PENCALONAN NILAM

29 Jun 2016
STATUS PENGAKTIFAN ID VLE SEKOLAH-SEKOLAH AHLI
Anda boleh melihat status pengkatifan ID VLE pada link yang saya beri di sini. Klik STATUS PENGAKTIFAN ID VLE
24 Jun 2016
Maklumat Kampus Astro
Mohon GPM pastikan untuk mengisi ruang di bahagian PKG Gemencheh sahaja. Link saya beri seperti dibawah.
Link 1 DAPATAN STATUS PERALATAN ASTRO DI SEKOLAH NEGERI SEMBILAN
Link 2 SENARAI NAMA SEKOLAH NEGERI SEMBILAN YANG TIADA ASTRO (KABKS)
Untuk makluman, link telah dibetulkan. Tuan/puan boleh isi data dalam tapak yang disediakan.

27 Mei 2016
Bahan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
Kepada tuan-tuan guru perpustakaan media sekolah-sekolah ahli PKG Gemencheh boleh muat turun bahan-bahan pengururusan PSS di SINI
20 Mei 2016
Bahan Lonjakan NILAM
Muat turun bahan Lonjakan NILAM di sini...anda juga boleh masukkan data Lonjakan NILAM di SINI.
Seterusnya untuk tarikh lonjakan NILAM yang telah dijalankan, tuan/puan boleh masukkan dalam link yang diberi di SINI.

09 Mei 2016
STATUS PELAPORAN KM1M 2016
Assalamualaikum dan selamat petang...mohon Guru Perpustakaan Media sekolah-sekolah ahli PKG Gemencheh untuk mengisi Pelaporan KM1M bagi tahun 2016. Klik pada perkataan Pelaporan KM1M
Assalam dan selamat pagi...mohon GPM mengisi laporan Lonjakan NILAM dalam link yang disertakan. Kerjasama tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih.
27 April 2016
13 April 2016
12 April 2016
13 Januari 2016
Khidmat Bantu Ke SK Rokan
PKG Gemencheh telah menjalankan khidmat bantu ke SK Rokan pada 07 Januari 2016 yang lalu.
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG En. Amir Amran bin Mohd Ali dengan dibantu oleh Juruteknik Komputer En. Shahrulrizam bin Ibrahim telah menjalankan lawatan khidmat bantu talian internet sekolah dan sistem yang digunakan. Sekolah ini menggunakan talian ADSL kerana tiada talian 1Bestarinet yang dibekalkan ke sekolah ini.
Walaubagaimanapun talian telah dipotong mulai bulan September 2015 untuk proses migrasi dari ADSL ke Streamyx oleh Telekom Malaysia (TM). Tindakan telah dibuat dengan dengan menghubungi En. Abu Bakar bin Kalid, Ketua Unit Pembestarian Sekolah untuk tidakan lanjut. Setelah menghubungi Personel TM, beliau memaklumkan TM mengalami masalah kekurangan port untuk ke SK Rokan. Pihak TM telah berjanji akan menyelesaikan masalah SK Rokan dalam bulan Januari ini dan sekolah akan memperolehi 4MBps talian internet Streamyx pada bulan Feruari.

05 Januari 2016
Projek Chromebook Sekolah Mula Buahkan Hasil
Ianya sukar untuk menangani 50 pelajar yang aktif dan bersikap ingin tahu dalam satu kelas, tetapi ianya lebih sukar apabila anda mempunyai waktu yang terhad untuk memberikan perhatian yang sama rata kepada semua dan memastikan apa yang diajar dapat diterima.
Tan Shin Yee dari SJK (C) Choong Wen di Jalan Klang Lama sebelum ini sering bimbang dalam meluaskan capaian kepada semua pelajarnya. Apabila sekolah rendah tempat beliau bekerja melaksanakan pendidikan berasaskan cloud sebagai sebahagian daripada teknik pembelajaran, beliau berasa teruja seperti kanak-kanak sekolah!
Tan yang mengajar Bahasa Mandarin dan Matematik adalah antara 95 guru yang berpeluang menyaksikan kebaikan yang dibawakan oleh penggunaan Internet. Semuanya bermula pada bulan April tahun lalu apabila SJK(C) Choong Wen melancarkan makmal Chrome pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan 130 buah Chromebook. Setahun kemudian, Internet telah menjadi sebahagian penting dalam perkongsian pengetahuan di sekolah itu.

Pelajar yang tekun belajar menggunakan Frog VLE pada Chromebook
Yang pentingnya, aplikasi seperti Frog VLE (Virtual Learning Environment) dan Google Apps untuk Pendidikan telah memudahkan guru-guru berhubung dengan setiap pelajar di dalam kelas mereka.
“Kami mempunyai hampir 50 orang pelajar dalam setiap kelas dan ianya sukar untuk memberikan perhatian yang sama rata kepada semua serta mengetahui cara pemikiran mereka,” kata Tan. “Tetapi dengan Frog VLE, kita telah mencipta sebuah laman untuk para pelajar yang membolehkan kami mengumpul maklumat dan jawapan bukan sahaja dari segelintir pelajar, tetapi dari kesemua mereka.”
Hari ini, sebanyak 60% dari 2,340 pelajar sekolah itu telah menggunakan Chromebook dan Google Apps. Semua guru menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dan 80% daripada mereka menggunakan Chromebook untuk mengajar.
Tan yang mengetuai Kelab IT (IT Warrior Club) sekolahnya, telah melihat pelajar-pelajar lebih bermotivasi untuk belajar selepas pengenalan Frog VLE, Chromebook dan Google Apps. Apa yang lebih membanggakan adalah keputusan peperiksaan mereka juga telah bertambah baik.
Pada 2013, sekolah tersebut telah mengadakan program berkembar dengan Sekolah Rendah Clatford (Clatford Primary School) di United Kingdom sebagai sebahagian daripada Program Berkembar FrogAsia. Kedua-dua sekolah tersebut telah memulakan projek yang menyaksikan mereka berkongsi idea dan berbincang mengenai beberapa topik seperti Bahasa, Seni dan Budaya.
Dengan menggunakan Google Apps, Google Hangouts serta Frog VLE, mereka menghabiskan 260 jam melalui panggilan video dan emel serta membuat sebanyak 250 entri dalam Frog Forums, menerima lebih daripada 500 komen dan maklum balas emel sepanjang tempoh empat bulan projek itu berlangsung. Choong Wen dan Clatford juga menyambut Tahun Baru Cina secara langsung melalui Hangouts dengan persembahan kebudayaan, nyanyian dan aktiviti kesenian.
Ianya bukan para pelajar sahaja yang teruja dengan penggunaan Internet, kerana guru-guru juga turut mempraktikkan penggunaan Frog VLE, Google Apps dan Chromebook. Walaupun sebahagian guru-guru senior tidak begitu bersemangat dengan penggunaan teknologi baru, mereka mula menghargai manfaatnya setelah diberi tunjuk ajar.
Bagi pelajar-pelajar sekolah, menggunakan Chromebook secara dalam talian bagi mengakses Apps dan Frog VLE adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Karlson Thien, seorang pelajar tingkatan empat berpendapat penggunaanya menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.
“Saya menggunakan Hangouts serta emel untuk berborak dan berkomunikasi dengan kawan-kawan dan Docs untuk kerja khusus,” kata pelajar berusia 10 tahun itu. “Semuanya seronok dan menarik dan saya lebih gemar menaip berbanding menulis!”

Pelajar berdiskusi menggunakan Chromebook di Makmal Chrome

Dasar Galakan Membaca
SUMBER : Perpustakaan Negara Malaysia
Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu : “menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca”. Ia selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat mengikut perkara 4.7.5 iaitu : “ untuk menanam dan menggalakkan minat membaca”.
Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti. Dasar ini juga menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat berasaskan budaya sains dan teknologi. Bagi menentukan hala tuju program galakan membaca, urus setia jawatankuasa telah dibentuk dengan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan dan Perpustakaan Awam Negeri-negeri sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri.
Skop Dasar Galakan Membaca merangkumi semua aktiviti perpustakaan yang berhubung kait dengan pembacaan di dalam usaha memupuk minat membaca rakyat Malaysia. Objektif Dasar Galakan Membaca bertujuan untuk dijadikan garis panduan bagi mencapai objektif berikut:
Pelaksanaan Program
1. Aktiviti merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca dibuat melalui:-
(a) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan sekurangkurangnya sekali
setahun
(b) Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Gerakan Membaca Perpustakaan Awam Negerinegeri
sekurang-kurangnya sekali setahun
(c) Menyusun dan menyelaras program Kempen Membaca
(d) Mendapatkan sokongan kewangan dari kerajaan dengan memohon peruntukan di bawah
rancangan pembangunan lima tahun kerajaan
(e) Mengagihkan peruntukan kepada Perpustakaan Awam Negeri dan agensi-agensi tertentu untuk
pelaksanaan projek dan program galakan membaca
(f) Memantau pelaksanaan aktiviti galakan membaca negeri-negeri serta mendapat maklum balas
pelaksanaan aktiviti melalui mesyuarat dan laporan
2. Aktiviti merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan
membaca dilaksanakan melalui:-
(a) Membuat pengagihan peruntukan yang seimbang bagi pemberian bahan bacaan yang bersesuaian dengan golongan yang dikenalpasti seperti senarai contoh yang berikut. Contoh institusi kerajaan/swasta yang menerima sumbangan bahan bacaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia:
pinjaman berkelompok.
(c) Menggalakkan dan menyokong pewujudan bilik-bilik bacaan terutamanya di luar bandar dengan
kerjasama jabatan dan institusi yang berkaitan.
3. Aktiviti menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam
melaksanakan program galakan membaca dilakukan melalui:-
(a) Meningkatkan program galakan membaca dengan rakan usaha sama sedia ada yang sesuai
dilaksanakan mengikut kumpulan sasaran seperti yang berikut. Contoh institusi kerajaan/badan
berkanun/badan bukan kerajaan bagi program kerjasama galakan membaca:
Kerajaan/Badan Berkanun
1. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
2. Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
3. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
4. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri-Negeri
5. Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri
6. Jabatan Kemajuan Masyarakat [KEMAS]
7. Jabatan Belia, Kementerian Belia dan Sukan
8. Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
9. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara [LPPKN]
Badan Bukan Kerajaan
1. Persatuan Pustakawan Malaysia
2. Persatuan Pembacaan Malaysia
3. Persatuan Belia 4B Malaysia
4. Majlis Belia Malaysia
5. Persatuan Pekartun Malaysia [PEKARTUN]
(b) Mengenalpasti dan menyokong aktiviti galakan membaca baru yang sesuai dijalankan secara
usaha sama dengan berkesan.
(c) Mengenalpasti institusi, persatuan, pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan serta pihak
swasta bagi melaksanakan program galakan membaca secara usaha sama.
(d) Membina rangkaian rakan usaha sama dalam gerakan literasi maklumat.
4. Program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi program galakan membaca
dilaksanakan melalui:-
(a) Mendapatkan khidmat jururunding perhubungan awam atau agensi pengiklanan untuk
perancangan dan pelaksanaan kempen.
(b) Mengadakan program promosi yang meluas dengan media massa.
(c) Menghasilkan bahan-bahan promosi pelbagai format untuk edaran dan kegunaan seluruh negara.
5. Membina sebuah pasukan pakar di kalangan anggota Jabatan dalam bidang pembacaan dan
pengurusan program galakan membaca melalui aktiviti berikut:-
(a) Membina modul dan program latihan bagi meningkatkan dan memantapkan kesedaran tentang
kepentingan pembacaan dikalangan masyarakat.
(b) Mewujud dan membina program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta
meningkatkan budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT.
(c) Menjadi pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca.
6. Membina kumpulan yang mahir dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan
membaca di kalangan masyarakat Malaysia melalui aktiviti berikut:-
(a) Menganjur program literasi maklumat di perpustakaan dan institusi berkaitan.
(b) Menganjur bengkel/seminar/program berkaitan pembacaan dan pengendalian program galakan
membaca. Contoh bengkel/seminar adalah seperti yang berikut. Contoh bengkel/seminar berkaitan dengan program pembacaan dan galakan membaca:
1. Program Bacaan Kegemaran Saya
2. Bengkel Penubuhan Perpustakaan Keluarga
3. Bengkel Bercerita/Black Theatre/Boneka
4. Bengkel Galakan Membaca
5. Kem Galak Belia Membaca
6. Bengkel Keibubapaan Anak Remaja/Anak Kecil
7. Bengkel Pencarian Maklumat
8. Kempen Keahlian
9. Pertandingan Carian Maklumat
10. Pertandingan Cereka Kartun
11. Bookstart
12. Bacakan Kepadaku/Read To Me
13. Kem Kembara Ilmu
14. Jejak Maklumat
15. Bookathon
(c) Mengadakan program literasi maklumat dalam talian bagi menggalakkan serta meningkatkan
budaya masyarakat berilmu dan berbudaya IT.
7. Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat melalui aktiviti berikut:-
(a) Mewujudkan pangkalan data literasi maklumat Malaysia yang merangkumi maklumat berkaitan
program pembacaan, penyelidikan, penggiat pembacaan dan aktiviti pembacaan yang
dilaksanakan
(b) Mengadakan kursus/bengkel pencarian dan kemahiran maklumat secara on-line.
(c) Memperluaskan aplikasi Internet dalam program dan aktiviti pembacaan.
8. Keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun akan dikaji dan dinilai
melalui :-
(a) Menjalankan wacana kumpulan sasaran (Focus Group Interview)
(b) Kajian keberkesanan kempen membaca setiap tahun.
(c) Melaksanakan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun
(d) Mengemukakan Laporan Pelaksanaan Kempen Membaca setiap tahun kepada Jawatankuasa
Gerakan Membaca
9. Memantau kadar literasi dan tahap pembacaan rakyat Malaysia melalui:-
(a) Mengkaji laporan dan penerbitan Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi
(b) Menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pelaksanaan Kajian Profil Membaca Rakyat
Malaysia
(c) Mendapatkan khidmat jururunding penyelidikan bagi menjalankan dan menyediakan laporan
Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia setiap lima tahun menggunakan bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris
(d) Menyediakan laporan hasil kajian dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris untuk pihak
berkuasa tertentu, media massa dan orang awam
Pengemaskinian
Program Dasar ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan objektif jabatan dan keperluan maklumat negara ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu.
Pekeliling Mengenai Gerakan Tabiat Membaca Klik di sini

- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan masyarakat.
- Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia.
- Meningkatkan tahap pembacaan rakyat Malaysia.
- Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.
- Menjadikan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca.
- Menilai keberkesanan Kempen Membaca Kebangsaan Strategi
- Merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca di peringkat kebangsaan.
- Merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan membaca.
- Menjalinkan persepakatan pintar dengan perpustakaan, institusi dan pihak swasta dalam melaksanakan program galakan membaca.
- Melaksanakan program publisiti dan promosi yang mantap dan berterusan bagi meningkatkan kesedaran program galakan membaca.
- Membina pasukan pakar di kalangan anggota perpustakaan dalam bidang pembacaan dan pengurusan program galakan membaca.
- Mengenalpasti kumpulan pakar dalam bidang pembacaan dan pengendalian aktiviti galakan membaca dikalangan masyarakat Malaysia.
- Meningkatkan pembacaan melalui penggunaan teknologi maklumat.
- Mengkaji dan menilai keberkesanan program galakan membaca tahunan dan setiap lima tahun.
- Membina pangkalan data aktiviti dan fasilitator dalam bidang pembacaan di peringkat kebangsaan dan negeri.
Pelaksanaan Program
1. Aktiviti merancang, menyelaras dan memantau program galakan membaca dibuat melalui:-
(a) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan sekurangkurangnya sekali
setahun
(b) Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Gerakan Membaca Perpustakaan Awam Negerinegeri
sekurang-kurangnya sekali setahun
(c) Menyusun dan menyelaras program Kempen Membaca
(d) Mendapatkan sokongan kewangan dari kerajaan dengan memohon peruntukan di bawah
rancangan pembangunan lima tahun kerajaan
(e) Mengagihkan peruntukan kepada Perpustakaan Awam Negeri dan agensi-agensi tertentu untuk
pelaksanaan projek dan program galakan membaca
(f) Memantau pelaksanaan aktiviti galakan membaca negeri-negeri serta mendapat maklum balas
pelaksanaan aktiviti melalui mesyuarat dan laporan
2. Aktiviti merancang dan menyelaras keperluan dan perbelanjaan peruntukan bagi program galakan
membaca dilaksanakan melalui:-
(a) Membuat pengagihan peruntukan yang seimbang bagi pemberian bahan bacaan yang bersesuaian dengan golongan yang dikenalpasti seperti senarai contoh yang berikut. Contoh institusi kerajaan/swasta yang menerima sumbangan bahan bacaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia:
- Jabatan Penjara
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Agensi Dadah Kebangsaan
- Agensi FELDA
- Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
- Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak DiDera di bawah pentadbiran badan bukan kerajaan (NGO)