14 Mac 2017

Dasar MBMMBI



Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan setelah pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009.

      Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi Mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Tujuan utama memartabatkan bahasa Malaysia adalah kerana bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina Negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.

Manakala strategi memperkukuh penguasaan bahasa inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum bahasa inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Tujuan utama bagi memperkukuh bahasa inggeris adalah kerana bahasa binggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Selain itu, pelaksanaan dasar ini adalah salah satu cara untuk mentransformasikan kurikulum BM dan BI disamping memantapkan kapasiti guru BM dan BI serta berkongsi kepakaran penutur jati BI  dan guru kontrak. Ia juga dapat memperluaskan penggunaan bahan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam BM dan BI. Di samping itu, penempatan bagi guru BM dan BI mengikut opsyen ikhtisas serta dapat meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa dan mengukur pencapaian murid berdasarkan standard prestasi (PBS).

Matlamat utama MBMMBI adalah melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan BM dan BI yang standard, membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti ICT serta membentuk 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa kearah mencapai Negara maju.

Boleh muat turun bahan di sini : Klik link 

0 comments :

Catat Ulasan