Sekapur Sireh

SELAMAT DATANG ke Blog PKG Gemencheh



Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN N.Sembilan sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah di Negeri Sembilan. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berikut adalah fungsi BTPN N.Sembilan yang mana merangkumi lapan fungsi iaitu :

FUNGSI 1:

Mengurus Perkhidmatan, Pentadbiran dan Kewangan Serta Melaksana Dasar Pendidikan

Menyelaras persedian dan laporan pencapaian sasaran kerja tahunan BTPN dan PKG. Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan peralatan BTPN dan PKG. Mengurus kewangan bagi BTPN dan PKG. Menjalankan tugas sebagai urus setia mesyuarat di peringkat BTPN. Mengurus perkhidmatan dan pentadbiran BTPN dan PKG. Mengurus perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di BTPN dan PKG. Mengumpul dan menyelaras data asas teknologi pendidikan. Pengurusan pemantauan.

FUNGSI 2:

Mengurus Pelaksanaan Program ICT di Sekolah

Pengurusan rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pengurusan Pusat Akses. Melaksana Program Perkongsian Pintar.

FUNGSI 3:

Memberi Khidmat Kepakaran Teknologi Pendidikan di Sekolah.

Memberi khidmat kepakaran Membantu menjalankan kajian dan penyelidikan serta kajian, keberkesanan penggunaan teknologi pendidikan dalam P&P. Projek Inovasi. Mengendalikan bengkel.

FUNGSI 4:

Memberi Perkhidmatan Meja Bantuan Aras 2 kepada sekolah.

Pengurusan aduan teknologi pendidikan. Melengkapkan dan menyelenggara sistem maklumat pengurusan BTPN dan PKG.

FUNGSI 5:

Mengurus dan Memberi Khidmat Bantu Pusat Sumber Pendidikan.

Menganjurkan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang / Program NILAM. Perkongsian pintar. Peningkatan profesionalisme Guru Perpustakaan Media.

FUNGSI 6:

Mengurus Pelaksanaan Program Gerakan Tabiat Membaca di Peringkat Negeri. Memantapkan perlaksanaan program galakan membaca.

FUNGSI 7:

Menyedia dan Membina Bahan Pelbagai Media dan Inovasi Bahan Pendidikan.

Menghasilkan bahan pengajaran pembelajaran dalam bentuk pelbagai media Menghasilkan bahan sokongan P&P.

FUNGSI 8:

Mempromosi, menyebar dan menyiar bahan pelbagai media yang diterbitkan.

Menyebarkan dan mempromosi bahan-bahan terbitan KPM, BTP dan BTPN. Berita pendidikan dan bahan-bahan BTPN dan PKG. Menyebarkan bahan prmosi BTPN dan PKG. Menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Peringkat Negeri

Semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada penubuhan dan kemudahan yang ada dalam blog kami ini.

Yang Benar,


PKG Gemencheh

0 comments :

Catat Ulasan