23 Disember 2015

Teknologi Pendidikan dan ICT

TEKNOLOGI PENDIDIKAN


Pusat Kegiatan Guru berperanan penting dalam menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Dalam Gelombang Pertama 2013 hingga 2015 PKG bersama BTPN Negeri akan memastikan ICT di sekolah mencapai tahap seperti yang tertera dalam PPPM iaitu membina keupayaan ICT berdasarkan asas sedia ada. Usaha ini dilakukan bagi memastikan infrastruktur ICT asas dan kompetensi sentiasa tersedia di seluruh sistem, dan tidak terikat dengan mana-mana landasan teknologi yang khusus. Keutamaan yang akan diberi termasuk:
  • memastikan murid dan guru mempunyai akses cukup kepada peralatan ICT,
  • menyediakan sistem pendidikan dengan platform pembelajaran dan jaringan lebar jalur yang mencukupi bagi penggunaan perkhidmatan ICT; dan
  • memastikan semua guru mempunyai kompetensi asas dalam ICT
Keutamaan lain dalam tempoh ini termasuklah menambahbaik sistem pemantauan bagi menyediakan pentaksiran lebih tepat tentang kemajuan insiatif ICT, menyebatikan ICT dalam kurikulum, dan menyediakan kandungan yang berkualiti dan berkesan kos.


LAPORAN KEROSAKKAN PERALATAN ICT

Pihak sekolah melalui guru ICT boleh membuat laporan kerosakkan peralatan ICT sekolah melalui laman:sts.moe.edu.my






0 comments :

Catat Ulasan